Sunday, January 17, 2010

PESAN ROH KEPADA MANUSIA YG MASIH HIDUP..


Salam,

Alhamdulillah, berjumpa lg kita..pd yg sudi melayan blog aku..terima kasih..pg td masa bc paper aku baca satu artikel yg ble aku rs utk kongsi bersama-sama..sambil tlis ttg dr sdr, ble jg berpesan2 sesama kita..bkn utk org lain je..tp dr sdr jugak..mudah2an bole kt jdkan panduan hidup, pengajaran pd kita..seperti yg kita tau MATI adalah pasti..untuk kt2 yg masih bernyawani..masa je kita xtahu bl..tp perkara tu adalah pasti..perbanyakkanla amalan & semoga ianya dpt diterima oleh Allah SWT...

Sedih bila baca pesanan roh kepada manusia..dengarkah kita pesanan mereka??..pesanan terakhir mereka??pesanan ROH..bkn Manusia....bkn kt org lainla..aku sdrpn ms arwah mak ada, bila dia pesan banyak je aku wat derk..tp bl dia da xde..satu2 pesanan dia aku ingt..nk menyesal sbb x ikut&dgrpn xde gnnye..seme da berlalu..ape yg bole ambil iktibar dan jdkan panduan yg mn patut..bl bc ttg pesanan ROH ni..sedihnye rs..ms menghadapi sakaratulmautpn da azab..mcmnela bl ada di alam barzakh..



Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam
sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :


"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada
seretan malaikat maut".


Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuh ku
luka-luka dengan keluarnya roh" .


Setelah dimandi dan dikafankan, telapakkaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supayajangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat
wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana
tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku,
aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya" .




Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk
warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".....






No comments:

Post a Comment